1) Badminton adalah antara sukan yang _____________ oleh rakyat di negara kita. a) digemari b) kegemaran c) menggemarkan d) menggemari 2) Kakak _____________ Internet untuk mencari maklumat berkaitan projek Sains. a) belayar b) melayari c) melayarkan d) pelayaran 3) Encik Hafiz membelanjakan sejumlah wang untuk membeli _____________ rumah baharunya. a) pelengkap b) melengkapi c) kelengkapan d) melengkapkan 4) Gol kemenangan pasukan Chelsea telah _____________ oleh ketua pasukan mereka. a) jaringan b) penjaring c) menjaringkan d) dijaringkan 5) Kami mendapat _____________ baharu melalui pembacaan ensiklopedia itu. a) pengetahuan b) mengetahui c) setahu d) diketahui 6) Ibu sedang _____________ ubat pada luka adik. a) disapu b) bersapu c) menyapukan d) disapukan 7) Kertas ujian Bahasa Melayu akan _____________ oleh Cikgu Farah selepas waktu rehat. a) mengedarkan b) diedarkan c) peredaran d) pengedaran 8) Ketua pegawai eksekutif syarikat itu sedang menjawab soalan yang _____________ oleh para wartawan. a) terkemuka b) mengemukakan c) kemuka d) dikemukakan 9) Puan Salmah mendoakan _____________ dan keselamatan anak-anaknya setiap hari. a) membahagiakan b) kebahagiaan c) berbahagia d) dibahagiakan 10) Lagu Negaraku _____________ oleh murid-murid dengan penuh bersemangat. a) nyanyian b) penyanyi c) menyanyikan d) dinyanyikan

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?