1) Bunga raya ialah bunga _________ negara kita. a) kebaikan b) kejujuran c) kebangsaan d) kebanggaan 2) Haiwan ___________ Danny ialah arnab yang berwarna putih itu. a) keenakan b) kegemaran c) kesayangan d) kemahuan 3) ___________ bangunan bersejarah itu telah dibaik pulih. a) Kerumitan b) Kerosakan c) Kelemahan d) Kemusnahan 4) Sejak dimasukkan ke hospital, kesihatan Puan Wong amat ____________ anak-anaknya. a) menyeksakan b) mendamaikan c) menyenangkan d) membimbangkan 5) Akibat _________, jari Mei Lin terluka semasa memotong buah epal. a) keresahan b) kecuaian c) kelemahan d) kedudukan 6) Puan Fatimah _________ kuih-muih kepada tetamu yang datang ke rumahnya. a) membersihkan b) menghidangkan c) melarikan d) memasangkan 7) Siti asyik mendengar ________ suara penyanyi kesayangannya yang berkumandang di radio. a) kemerduan b) kelalaian c) keindahan d) kecantikan 8) Ketua kampung telah bercadang untuk __________ sebuah persatuan belia di Kampung Aman. a) menubuhkan b) membinakan c) menjayakan d) menghasilkan 9) Perbuatan ___________ sungai akan menyebabkan sumber air bersih tercemar. a) mengeruhkan b) mencemaskan c) mencerahkan d) mencemarkan 10) Cikgu Yanti menyuruh murid-murid __________ bahan-bahan kitar semula itu mengikut label. a) menyatukan b) mengasingkan c) menceraikan d) memisahkan

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?