1) Secara ringkasnya, algoritma boleh dijelaskan sebagai... a) Kod rahasia komputer yang kompleks b) turutan arahan untuk mencapai sesuatu hasil c) senarai perkakasan daput yang diperlukan d) Teknik melukis gambar secara digital 2) Merujuk kepada Contoh 1, apakah yang perlu dilakukan setelah api dapur dihidupkan? a) Membiarkan air sehingga mencapai takat didih. b) Meletakkan cerek kosong di atas dapur gas c) Mengisi air paip ke dalam cerek d) Menutup suis api dengan segera 3) Dalam algoritma menggunakan lif, apakah langkah yang menyusul selepas pengguna berada di dalam lif? a) Menunggu pintu lif tertutup rapat b) Keluar semula untuk melihat nombor tingkat c) Menekan butang bagi aras yang ingin dituju d) Berdiri diam sehingga lif bergerak sendiri 4) Mengapakah langkah (2) dalam Contoh 3 dikatakan memerlukan "penghalusan"? a) Kerana arahan asal terlalu panjang untuk dibaca b) Supaya langkah memasukkan wang lebih spesifik dan jelas c) Untuk memastikan mesin layan diri tidak rosak d) Kerana wang kertas tidak boleh digunakan dalam mesin 5) Manakah antara berikut merupakan kriteria wajib bagi algoritma yang baik? a) Mempunyai langkah yang boleh dilaksanakan b) Menggunakan bahasa yang berbunga-bunga c) Tidak mempunyai had atau batasan waktu d) Memerlukan komputer yang paling canggih 6) Apakah yang dimaksudkan dengan ciri "Mempunyai batasan"? a) Algoritma hanya boleh ditulis dalam buku latihan b) Terdapat titik permulaan dan titik pengakhiran yang nyata c) Arahan tersebut tidak boleh dibaca oleh orang lain d) Proses yang berjalan selama-lamanya tanpa henti 7) Mengikut penghalusan arahan (4), bagaimanakah pengguna mendapatkan baki wang mereka? a) Meminta bantuan daripada pemilik mesin b) Menekan butang "Cancel" pada mesin tersebut c) Mengambilnya di bahagian ruangan yang disediakan d) Menunggu baki wang keluar dari slot kad kredit 8) Apakah perkataan yang lazimnya digunakan untuk menunjukkan permulaan sesuatu proses? a) Sedia b) Mula c) Jalan d) Aktif 9) Berdasarkan ruangan "Uji Minda", algoritma pengesanan pada mesin layan diri berfungsi untuk... a) Mengira jumlah air tin yang masih tinggal b) Memastikan wang yang dimasukkan bukan wang palsu c) Mengenal pasti wajah pelanggan yang membeli air d) Menyelaraskan suhu air mengikut cuaca 10) Bagaimanakah sesuatu algoritma itu boleh diperincikan lagi? a) Dengan menambah informasi tambahan pada setiap butiran b) Dengan menukar semua perkataan kepada kod nombor c) Dengan memadam langkah-langkah yang dianggap remeh d) Dengan menggantikan teks kepada rakaman suara

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?