1) Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir kilat. Predikat dalam ayat ini ialah...  a) Hujan lebat b) menyebabkan berlakunya banjir kilat c) banjir kilat 2) Bulu kucing kesayangan Dolly itu sangat panjang dan lebat. Nyatakan subjek dalam ayat ini. a) Bulu kucing kesayangan Dolly b) Dolly c) sangat panjang dan lebat. 3) Keadaan di taman rekreasi itu bersih dan selesa. Predikat dalam ayat ini ialah... a) bersih dan selesa b) taman rekreasi c) Keadaan di taman rekreasi itu 4) Pasukan tentera mempertahankan keselamatan negara. Nyatakan predikat dalam ayat ini. a) Pasukan tentera b) keselamatan negara c) mempertahankan keselamatan negara 5) Makanan ini masih elok untuk dimakan. Nyatakan subjek dalam ayat ini. a) masih elok b) Makanan ini c) masih elok untuk dimakan. 6) Permainan tingting menguji ketangkasan fizikal dan mental. Predikat dalam ayat ini ialah... a) menguji ketangkasan fizikal dan mental. b) fizikal dan mental. c) Permainan tingting 7) Gempa bumi itu berlaku di kaki gunung. Nyatakan predikat dalam ayat ini. a) berlaku di kaki gunung b) Gempa bumi c) kaki gunung 8) Anggota-anggota kadet remaja berkawad di tepi padang. Nyatakan subjek dalam ayat ini. a) berkawad di tepi padang. b) Anggota-anggota kadet remaja c) tepi padang. 9) Surat berdaftar ini daripada syarikat telekomunikasi. Subjek dalam ayat ini ialah... a) syarikat telekomunikasi. b) daripada syarikat telekomunikasi. c) Surat berdaftar ini 10) Ketinggian Gunung Kinabalu 4014 meter. Nyatakan predikat dalam ayat ini. a) Gunung Kinabalu b) 4014 meter. c) Ketinggian Gunung Kinabalu 11) Pelajar itu sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya. Nyatakan predikat dalam ayat ini. a) Pelajar itu b) sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya. c) dengan kawannya. 12) Penderitaan orang itu mendapat simpati orang ramai. Nyatakan subjek dalam ayat ini. a) Penderitaan orang itu b) orang ramai. c) mendapat simpati orang ramai. 13) Bersenam dapat menyihatkan tubuh badan. Subjek dalam ayat ini ialah... a) dapat menyihatkan tubuh badan. b) Bersenam c) tubuh badan. 14) Modul Bahasa Melayu ditulis oleh Cikgu Hafiz. Nyatakan subjek dalam ayat ini. a) Cikgu Hafiz. b) ditulis oleh Cikgu Hafiz c) Modul Bahasa Melayu 15) Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kelicikannya bermain senjata. Nyatakan predikat dalam ayat ini. a) terkenal dengan kelicikannya bermain senjata. b) Laksamana Hang Tuah c) bermain senjata.

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?