1) Dokumen yang diberikan kepada pelanggan apabila pembayaran tunai diterima ialah… a) Resit rasmi b) Invois c) Nota kredit d) Nota debit 2) Nota debit disediakan oleh siapa? a) Pembeli b) Penjual c) Penghantar barang d) Pengurus 3) Tujuan utama nota debit ialah untuk… a) Mengurangkan amaun dalam invois b) Membatalkan invois asal c) Menambahkan aset d) Menambah amaun yang dikenakan dalam invois 4) Di manakah penjual mencatatkan maklumat nota debit? a) Buku Jualan (kredit) b) Buku Belian c) Buku tunai d) Buku jualan (debit) 5) Yang manakah maksud kesilapan catatan di sebelah yang sama? a) Kedua-dua akaun direkodkan di sebelah debit. b) Satu akaun direkod debit dan satu direkod kredit. c) Hanya satu akaun direkodkan dalam buku tunai. 6) Kesilapan tidak ketara dalam imbangan duga bermaksud… a) Kesilapan yang menyebabkan imbangan duga tidak seimbang. b) Kesilapan yang tidak menjejaskan imbangan duga. c) Kesilapan merekod jumlah yang tidak sama antara debit dan kredit. 7) Yang manakah contoh Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga? a) Jualan direkod dalam akaun belanja. b) Jualan direkod dua kali. c) Jualan langsung tidak direkod di mana-mana buku. 8) Kesilapan Komisen berlaku apabila… a) Transaksi direkod dalam jumlah yang salah. b) Transaksi direkod dalam akaun yang betul tetapi orang yang salah. c) Transaksi tidak direkodkan langsung. 9) Kesilapan Prinsip berlaku apabila… a) Catatan diterbalikkan antara debit dan kredit. b) Transaksi direkod dua kali. c) Transaksi direkod dalam jenis akaun yang salah. 10) Yang manakah contoh kesilapan prinsip? a) RM100 belanja membaiki mesin direkod sebagai aset. b) Amaun debit lebih besar daripada kredit. c) Jualan tidak direkodkan langsung. 11) Kesilapan Pengiraan berlaku kerana… a) Ketinggalan satu urus niaga. b) Catatan dibuat dalam akaun lain. c) Kesilapan semasa menyediakan jurnal, lejar atau imbangan duga.

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?