1) Walaupun Aida ...................... anak kandungnya, Puan Ani amat menyayanginya seperti anak sendiri. a) ya b) tidak c) benar d) bukan 2) Adik ..................... ke sekolah semalam kerana sakit perut. a) bukan b) tidak c) betul d) benar 3) Penyanyi yang menjadi juara dalam pertandingan tadi ................ dari Sabah, tetapi dari Sarawak. a) bukan b) merupakan c) tidak d) sudah 4) Pelari tersebut ..................... berjaya memecahkan rekod kejohanan yang dilakukannya pada tahun lalu. a) adalah b) tidak c) bukan d) merupakan 5) Kekayaan harta benda ................. menjamin kebahagiaan dalam hidup seseorang. a) bukan b) adalah c) ialah d) tidak 6) ..................... besar penduduk Kampung Permai tinggal sehelai pinggang kerana rumah mereka hangus dijilat api. a) Sebahagian b) Beberapa c) Kemungkinan d) Segelintir 7) Majlis akan dimulakan apabila ............. jemputan telah mengambil tempat masing-masing. a) para b) sesetengah c) segelintir d) para-para 8) Ayah akan ke pekan esok untuk membelikan saya ................ pasang baju baharu. a) sebahagian b) kebanyakan c) satu d) segelintir 9) Kebanyakan penduduk kota itu yang telah mencecah angka ............... warga muda. a) para b) tiga juta c) sebahagian d) seluruh 10) Kecuali penjaga gol, kesemua ................... orang pemain bola sepak hari itu dari kampung kami. a) kebanyakan b) beberapa c) satu d) sepuluh

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?