1)  Penyelidik itu menjalankan kajian yang terperinci mengenai kesan perubahan iklim terhadap ekosistem laut. a) luas b) mendalam c) umum d) biasa 2) Sikap murah hati Encik Lim telah membolehkan ramai pelajar miskin melanjutkan pelajaran. a) baik hati b) besar hati c) kecil hati d) ambil hati 3) Proses ______ dalam bidang kejuruteraan adalah penting bagi memastikan ketahanan dan kualiti sesuatu produk sebelum dipasarkan. a) penemuan b) pengujian c) penciptaan d) pengalaman 4) Pihak bank menyediakan perkhidmatan ______ kewangan kepada pelanggan yang ingin merancang masa depan dengan lebih terjamin. a) perundingan b) panduan c) ceramah d) pendidikan 5) Perkataan berlawanan bagi JELAS a) Kabur b) Terang c) Cantik d) Pudar 6) Perkataan berlawanan bagi BONGKAK a) Sombong b) Peramah c) Angkuh d) Tegas 7) Perkataan berlawanan bagi UNTUNG a) Faedah b) Laba c) Rugi d) Manfaat 8) Perkataan berlawanan bagi AMAN a) Sunyi b) Riuh c) Huru-hara d) Tenang 9) Cuaca hari ini panas, tetapi semalam sangat ________. Berikan perkataan berlawanan bagi panas. a) kering b) sejuk c) haba d) dingin 10) Berikan perkataan sinonim bagi perkataan berikut. Kata-kata motivasi guru itu membangkitkan semangat pelajar. a) Menyentuh b) Mendorong c) Mengeratkan d) Menggerakkan 11) Kerajaan berusaha memelihara warisan budaya negara daripada kepupusan. a) Melindungi b) Menyimpan c) Menjaga d) Mengekalkan 12) Apakah maksud perkataan “perang” dalam ayat ini? “Rambut adik berwarna perang sejak kecil lagi.”  a) Berperang b) Serangan c) Perangai d) Coklat keemasan 13) Tentukan maksud “tanda”dalam ayat ini: "Guru meminta pelajar meletakkan tanda pada kesalahan ejaan."  a) Simbol atau petunjuk b) Sakit ringan c) Perasaan d) Bayangan 14) Untuk memastikan keselamatan jalan raya, pihak berkuasa memasang papan tanda ______ di kawasan berisiko tinggi.Untuk memastikan keselamatan jalan raya, pihak berkuasa memasang papan tanda ______ di kawasan berisiko tinggi. a) amaran  b) larangan c) nasihat d) panduan 15) Penulis menggunakan pelbagai ______ untuk menjadikan ceritanya lebih menarik dan hidup. a) gaya bahasa b) peribahasa c) ungkapan d) tatabahasa 16) Dalam bidang media, penyebaran maklumat palsu untuk mempengaruhi pandangan masyarakat dikenali sebagai ______. a) propaganda b) penulisan c) publisiti d) promosi 17) Maksud frasa berat mulut yang betul ialah: a) Tidak suka bercakap b) Mulut terasa berat selepas makan c) Susah buka mulut d) Banyak makan 18) Ayat mana SALAH dari segi penggunaan kata banyak makna? a) Farah main kayu tiga dengan tunangnya. b) Rizal panas baran apabila ditegur. c) Ibu panjang kaki semasa kenduri. d) Azwan naik angin sebab ditegur cikgu. 19) Pilih ayat yang menggunakan frasa naik minyak secara TEPAT: a) Ali naik minyak kerana motosikalnya rosak. b) Puan Zaiton naik minyak apabila anaknya tidak mahu melakukan kerja rumah. c) Pak cik naik minyak sebab mahu ke pasar. d) Encik Hamid naik minyak selepas makan ubat. 20) Para pelajar digalakkan untuk menjana idea baharu dalam pertandingan inovasi. a) Menghasilkan b) Membina c) Mengeluarkan d) Menyumbang

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?