1) Siapakah pengasas Teori Pembelajaran Sosial? a) Albert Bandura b) Jean Piaget c) Carls Rogers d) Sigmund Freud 2) Apakah penekanan utama dalam teori pembelajaran sosial? a) Pembelajaran berlaku melalui hukuman b) Pembelajaran hanya berlaku melalui pengalaman langsung c) Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan d) Pembelajaran dipengaruhi oleh naluri semula jadi 3) Dalam eksperimen “Bobo Doll”, kanak-kanak belajar tingkah laku ganas melalui apa? a) Hukuman fizikal b) Pemerhatian terhadap model c) Ganjaran material d) Arahan langsung guru 4) Siapakah yang disebut sebagai ‘Model’ dalam teori ini? a) Orang yang membuat kesilapan b) Orang yang diperhatikan dan ditiru c) Orang yang memberi ganjaran d) Orang yang menghukum 5) Manakah antara berikut bukan komponen dalam model timbal balik Bandura? a) Individu b) Persekitaran c) Tingkah laku d) Emosi 6) Proses yang pertama dalam pembelajaran pemerhatian ialah a) Pemerhatian b) Pengeluaran  c) Motivasi d) Penyimpanan  7) Proses yang melibatkan mengingati peristiwa dalam sistem ingatan dikenali sebagai a) Penyimpanan b) Pemerhatian  c) Motivasi d) Peneguhan 8) Proses pengeluaran merujuk kepada a) Menonton tingkah laku orang lain b) Mengeluarkan kembali tingkah laku yang dipelajari c) Mengingati kejadian d) Memilih model yang sesuai 9) Dalam eksperimen Bobo Doll, kanak-kanak meniru tingkah laku selepas a) Dipaksa melakukannya b) Bermain dengan rakan sebaya c) Melihat orang dewasa memukul boneka d) Mendapat ganjaran 10) Situasi:Seorang pelajar sering melihat rakannya bercakap dengan yakin ketika membuat pembentangan di kelas. Walaupun pada mulanya dia hanya memerhati, lama-kelamaan dia mula meniru gaya rakannya itu. Namun, dia hanya benar-benar berani melakukannya selepas mendapat pujian daripada pensyarah dalam latihan percubaan.Berdasarkan situasi di atas, proses manakah yang PALING mempengaruhi keberanian pelajar itu untuk akhirnya bertindak meniru tingkah laku rakannya? a) Pemerhatian b) Penyimpanan c) Pengeluaran d) Motivasi

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?