1) Antara berikut, yang manakah merupakan definisi panjar wang runcit? a) Wang yang disimpan untuk pelaburan jangka panjang b) Wang yang digunakan untuk membayar perbelanjaan kecil harian secara tunai c) Wang yang diterima hasil daripada jualan tunai d) Wang yang diperoleh daripada pinjaman bank 2) Antara berikut, yang manakah kebaikan panjar wang runcit a) Membolehkan pembayaran kecil dilakukan dengan cepat dan mudah b) Menyebabkan pembaziran wang tunai c) Menyediakan rekod perbelanjaan yang teratur d) Risiko kehilangan atau kecuaian wang tunai adalah tinggi 3) Dokumen yang digunakan untuk merekod setiap perbelanjaan kecil daripada dana tunai runcit ialah a) invois pembekal b) Resit Rasmi c) Buku tunai wang runcit d) Borang pemohonan pembelian 4) Yang manakah antara berikut merupakan dokumen perniagaan yang sah digunakan urus niaga jual beli? a) Surat cinta pelanggan b) Baucar bayaran c) Invois d) Nota mesyuarat 5) Dokumen yang digunakan untuk memohon wang tunai runcit semula selepas digunakan a) Borang pesanan  b) Borang tuntutan tunai runcit c) Invois pembekal d) Penyata bank 6) Antara berikut, yang manakah boleh dibayar melalui panjar wang runcit a) Bayaran percetakan resit kecil b) Pembelian perabot pejabat c) Bayaran deposit sewa d) Pembelian komputer riba 7) Antara berikut yang manakah merupakan maksud baucar tunai runcit? a) Dokumen yang digunakan untuk merekod penerimaan wang tunai b) Dokumen yang digunakan untuk memohon bayaran balik panjar wang runcit c) Dokumen yang digunakan bagi merekod dan meluluskan setiap bayaran kecil yang dibuat daripada panjar wang runcit d) Dokumen yang digunakan untuk merekod jualan tunai harian 8) Antara berikut, yang manakah betul maklumat dalam dokumen a) Tarikh dan urusniaga b) Invois jualan c) Keratan cek d) Dokumen 9) Apakah kepentingan utama dokumen sokongan dalam bidang perakaunan? a) Untuk menghias fail akaun b) Untuk mengelirukan penyemak akaun c) Untuk mengesahkan ketepatan dan kesahihan d) Untuk menanbah jumlah keuntungan syarikat 10) Apakah manfaat utama penggunaan baucar tunai dalam organisasi? a) Memudahkan pengesahan dan kawalan terhadap setiap transaksi tunai b) Menyebabkan lebih banyak ralat perakaunan berlaku c) Menambah keliruan dalam rekod bayaran d) Menghapuskan keperluan rekod bertulis 11) Apakah kelebihan cek baucar kepada penerima? a) Memberikan maklumat tentang potongan cukai dan pendapatan selepas cukai b) Tidak boleh menunjukkan sebarang maklumat potongan gaji c) Tidak boleh digunakan sebagai rekod transaksi d) Menyukarkan pekerja memahami jumlah gaji sebenar 12) Apakah maksud pengurusan bayaran? a) Proses perbelanjaan pertama dalam jabatan b) Proses mengutip hasil daripada pembekal c) Proses perbelanjaan terakhir untuk membuat bayaran kepada pembekal atau kontraktor d) Proses menyimpan wang jabatan 13) Apakah tujuan baucar bayaran? a) Sebagai dokumen untuk membuat bayaran b) Sebagai laporan tahunan jabatan c) Sebagai senarai stok bekalan pejabat d) Sebagai rekod kehadiran kakitangan 14) Apakah tujuan utama penggunaan baucar dalam audit? a) Untuk menggantikan sistem akaun tunai sepenuhnya b) Untuk menyembunyikan maklumat perbelanjaan syarikat c) Untuk mempercepatkan urusan pinjaman bank syarikat d) Untuk mengesahkan bahawa semua bayaran dan pembelian benar-benar diterima oleh syarikat 15) Antara yang berikut, yang manakah akaun yang biasanya mempunyai baki debit dalam imbangan duga? a) Akaun liabiliti b) Akaun hasil c) Akaun aset d) Akaun ekuiti pemilik 16) Antara berikut yang manakah betul penyata pendapatan a) Laporan mengenai tunai yang dijana dan digunakan dalam aktiviti operasi pelaburan dan pembiayaan sepanjang tempoh b) Menonjolkan perbezaan antara hasil kewangan yang dirancang dan sebenar c) Meringkaskan hasil, perbelanjaan dan keuntungan atau kerugian dalam tempoh tertentu d) Butiran pampasan pekerja potongan dan gaji bersih 17) Antara yang berikut, yang terkandung dalam simpan kira-kira ialah a) Akaun belanja dan akaun hasil b) Akaun aset, akaun liabiliti dan akaun ekuiti pemilik c) Akaun jualan dan akaun pulangan belian d) Akaun kos jualan dan akaun untung kasar 18) Antara berikut, yang manakah menerangkan sistem catatan bergu dengan tepat a) Setiap transaksi direkodkan hanya pada satu akaun b) Setiap transaksi direkodkan dalam dua akaun -satu debit satu kredit c) Setiap transaksi direkodkan dalam tiga akaun berbeza d) Hanya transaksi tunai direkodkan dalam sistem ini 19) Apakah maksud belanjawan dalam prosedur kewangan a) Perancangan perbelanjaan dan pendapatan organisasi bagi tempoh tertentu b) Pelaporan aktiviti sosial syarikat c) Pelan pembangunan sumber manusia d) Analisis keuntungan pesaing 20) Antara berikut, yang manakah termasuk dalam kandungan laporan tahunan syarikat? a) Jadual waktu kerja harian pekerja b) Senarai pelanggan syarikat c) Maklumat korporat d) Senarai cuti tahunan pekerja

office finance handling

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?