1) Antara yang berikut, padanan unit S.I. yang manakah betul? a) P-Saat Q-Meter b) P-Meter Q-Kilogram c) P-Kilogram Q-Meter d) P-Kelvin Q-Kilogram 2) Apakah nama alat ini? a) Neraca tuas b) Neraca spring c) Neraca tiga alur d) Neraca elektronik 3) Antara cara berikut, yang manakah betul untuk menaikkan kapal selam ke permukaan air laut? a) Memenuhkan tangki balast dengan air b) Menyimpan air di dalam tangki balast c) Meningkatkan jisim air di dalam tangki balast d) Mengeluarkan sepenuhnya air di dalam tangki balast 4) Antara yang berikut, yang manakah fungsi sel tersebut? a) Membawa bahan genetik b) Mengecut dan mengendur untuk membolehkan pergerakan c) Membawa maklumat dalam bentuk impuls ke seluruh badan d) Mengangkut karbon dioksida dari sel di seluruh badan balik ke peparu 5) Antara keadaan berikut, yang manakah berlaku kepada pokok itu semasa cuaca panas? a) Melebarkan daun b) Menggugurkan daun c) Menggulungkan daun d) Meningkatkan respirasi sel fotosintesis 6) Antara yang berikut, yang manakah cara pembiakan mikroorganisma di atas? a) Pertunasan b) Belahan dedua c) Penjanaan semula d) Pembentukan spora 7) Antara perubahan berikut, yang manakah berlaku semasa kanak-kanak itu mencapai akil baligh? a) Badan tegap b) Ovum terhasil c) Suara menjadi garau d) Bulu tumbuh di muka 8) Rajah di atas menunjukkan keadaan sistem pembiakan Nadira pada 2/12/2024. Bilakah tarikh yang paling tepat bagi fasa haid Nadira dalam kitar yang seterusnya? a) 12 hingga 16 Disember 2024 b) 17 hingga 21 Disember 2024 c) 22 hingga 26 Disember 2024 d) 27 hingga 31 Disember 2024 9) Apakah jenis percambahan di atas? a) Epigeal b) Hipogeal c) Dikotiledon d) Monokotiledon 10) Berdasarkan rajah di atas, pernyataan yang manakah betul menerangkan sifat tanah? a) Mempunyai jisim b) Mempunyai berat c) Mempunyai isi padu d) Mempunyai ketumpatan 11) Antara yang berikut, yang manakah benar menerangkan situasi itu? a) Bau busuk bercampur dengan udara b) Bau busuk merebak melalui resapan c) Zarah bau busuk bergerak bebas d) Ruang di antara zarah bau busuk adalah sederhana 12) P merupakan bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur atau sebatian yang bercampur secara fizikal. Antara yang berikut, yang manakah mewakili P? a) Emas b) Udara c) Perak d) Oksigen 13) Antara yang berikut, yang manakah menggunakan teknik yang sama dengan selimut api? a) Menyembur air b) Menutup punca bekalan gas c) Menggunakan karung basah d) Menyembur lapisan karbon dioksida 14) Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri imej yang terbentuk? a) Maya dan tegak b) Sahih dan tegak c) Maya dan songsang d) Sahih dan songsang 15) Berdasarkan rajah di atas, di manakah Khairul perlu merejam lembingnya? a) Di atas imej ikan b) Di bawah imej ikan c) Di hadapan imej ikan d) Di belakang imej ikan 16) Apakah yang menyebabkan fenomena itu? a) Pantulan cahaya b) Pembiasan cahaya c) Penyebaran cahaya d) Penyerakan cahaya 17) Apakah warna yang paling banyak dan paling kurang diserakkan pada waktu tengah hari dalam proses penyerakan cahaya? a) Banyak- Merah Sikit-Biru b) Banyak-Merah Sikit-Kuning c) Banyak-Biru Sikit-Merah d) Banyak-Kuning Sikit-Merah 18) Antara lapisan atmosfera berikut, yang manakah paling sesuai dan stabil untuk penerbangan kapal terbang? a) Eksosfera b) Mesosfera c) Stratosfera d) Troposfera 19) Batuan ini berlapis-lapis dan mengandungi fosil. Apakah jenis batuan tersebut? a) Igneus b) Glasier c) Sedimen d) Metamorfik 20) Antara pernyataan berikut, yang manakah merujuk kepada risiko pencemaran yang mungkin berlaku kepada air bawah tanah? a) Berlaku penyejatan air terutamanya ketika cuaca panas b) Boleh tercemar akibat bahan buangan daripada kawasan perumahan c) Bahan cemar seperti sisa toksik dan kumbahan boleh diserap oleh tanah d) Bahan cemar mudah mengalir terus ke dalam air permukaan yang terdedah

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?