1) Tulisan Amir seperti _________________sehingga sukar untuk guru membacanya. a) celik huruf b) cakar ayam 2) Walaupun menghadapi kesukaran dalam pelajaran Matematik, Aiman tetap berusaha ______________ untuk memahami topik tersebut. a) cari jalan b) sesat jalan 3) Kempen membaca di sekolah bertujuan untuk melahirkan murid yang ____________ sejak awal usia. a) buta huruf b) celik huruf 4) Keluarga Amir mendapat _________________ apabila memenangi cabutan bertuah bernilai RM5,000. a) durian runtuh b) gelap mata 5) Walaupun dia pelajar paling pandai di kelas, dia tidak pernah __________________ terhadap rakan-rakan. a) pilih kasih b) hidung tinggi 6) Kami dinasihati oleh guru supaya tidak mudah percaya kepada _________________ yang tersebar di media sosial. a) makan angin b) khabar angin 7) Keluarga Amirah terpaksa ___________________demi menyimpan wang untuk persekolahannya. a) ikat perut b) ringan tulang 8) Pokok yang tidak disiram itu hidup ___________________ kerana kekurangan air. a) gadai nyawa b) nyawa-nyawa ikan 9) Guru menasihati kami supaya tidak ________________apabila berlaku kehilangan barang di kelas. a) serkap jarang b) pilih kasih 10) Kita mesti belajar bersungguh-sungguh agar tidak mensia-siakan ______________ guru-guru yang mendidik kita setiap hari. a) air muka b) titik peluh

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?