1) Pada zaman bilakah raja dan sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan? a) Selepas merdeka b) Zaman Penjajahan British c) Zaman Pendudukan Jepun d) Zaman Kerajaan Melayu Awal 2) Mengapakah Undang-undang Laut Melaka digubal? a) Melancarkan aktiviti perdagangan b) Menerangkan hak keistimewaan raja c) Mewujudkan keamanan rakyat Melaka d) Menyebarkan agama Islam melalui dakwah 3) Apakah dimaksudkan dengan lingua franca? a) Bahasa ekonomi b) Bahasa perantaraan c) Bahasa pentadbiran d) Bahasa perundangan 4) Apakah yang perlu dihantar sebagai ufti kepada pemeritah Siam setiap tiga tahun? a) Tanah b) Hadiah c) Bunga Mas d) Pangkat dan jawatan 5) Apakah hukuman yang dikenakan terhadap Dato’ Maharaja Lela selepas peristiwa penentangan? a) Dipenjara b) Terkorban c) Dibuang negeri d) Hukuman gantung 6) Mengapakah wakil raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan berangkat ke London? a) Mencapai kemerdekaan negara b) Menghapuskan kuasa raja-raja Melayu c) Melambatkan proses kemerdekaan negara d) Memperkenalkan bentuk penjajahan yang baharu 7) Apakah kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak menghayati dan mengamalkan cogan kata Jata Negara? a) Negara kekal aman damai b) Kemajuan negara terus maju c) Menganggu keharmonian negara d) Melicinkan urusan pentadbiran negara 8) Mengapakah rekaan bendera Encik Mohamed bin Hamzah dipilih sebagai bendera terbaik? a) Mempunyai simbol keharmonian b) Mendapat undian yang paling banyak c) Terdapat unsur-unsur perlambangan agama Islam d) Satu-satunya penyertaan tunggal yang menghantar rekaan bendera 9) Bagaimanakah etika pemasangan bendera kebangsaan dalam bentuk gegantung? a) Bulan sabit dan bintang di bahagian kiri b) Diletakkan lebih tinggi dan di belakang orang berucap c) Bendera kebangsaan mendahului bendera-bendera lain d) Kedudukan bulan sabit dan bintang ke atas dan jalur di bahagian bawah 10) Apakah contoh penggunaan simbol bunga raya dalam urusan rasmi? a) Corak baju raya b) Logo kelab kembara c) Wang kertas dan syiling d) Pelekat pada buku catatan

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?