1) Apakah maksud pembuatan keputusan ? a) Satu proses menyelesaikan masalah dengan mengenal pasti alternatif terbaik daripada beberapa alternatif yang dikenal pasti berdasarkan kriteria dan nilai-nilai keutamaan dalam memilih alternatif. b) Proses menunggu orang lain membuat keputusan bagi pihak kita tanpa menilai alternatif atau kriteria. 2)  Apakah kepentingan pembuatan keputusan ? a) Menentukan arah strategik organisasi b) Meningkatkan Prestasi Organisasi 3) Apakah jenis keputusan bagi contoh berikut: Contohnya, keputusan untuk membina kilang baharu, membangunkan produk atau perkhidmatan baharu, memasuki pasaran geografi baharu atau memindahkan ibu pejabat ke bandar lain a) keputusan rutin b) keputusan tak rutin 4) Apakah jenis keputusan bagi contoh berikut: Contohnya, pembuatan keputusan seorang pengurus memutuskan untuk memberi surat amaran kepada pekerja yang sering lewat hadir ke tempat kerja. a) keputusan tak rutin b) keputusan rutin 5) Apakah situasi keputusan yang paling sukar kerana matlamat tidak jelas, alternatif sukar dikenal pasti, dan maklumat tentang hasil tidak tersedia? a) risiko b) ketidakpastian c) kepastian d) kesamaran 6) Apakah istilah yang bermaksud bahawa semua maklumat yang diperlukan oleh pembuat keputusan tersedia sepenuhnya? a) kepastian b) kesamaran c) ketidakpastian d) risiko 7) Contohnya, pelancaran produk baharu di pasaran sedia ada berdasarkan penyelidikan pengguna. Apakah faktor situasi pembuatan keputusan ini? a) risiko b) kesamaran c) ketidakpastian d) kepastian 8) Apakah situasi pembuatan keputusan di mana pengurus perlu bergantung pada kreativiti, intuisi, pengalaman, dan kepakaran untuk menjana maklumat, menganalisis alternatif, dan membuat keputusan tepat walaupun dalam persekitaran yang dinamik? a) kesamaran b) kepastian c) ketidakpastian d) risiko

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?