1) Siapakah yang digelar sebagai raja pelayaran dalam Undang-undang Laut Melaka? a) Jurubatu b) Malim c) Nakhoda d) Jurumudi 2) Mengapakah nakhoda dianggap sebagai raja pelayaran? a) Mengetuai perdagangan antarabangsa b) Berkuasa penuh dalam pelayaran c) Mengawal cukai pelabuhan d) Mengurus kapal dagangkerajaan 3) Apakah tanggungjawab semua pihak dalam pelayaran menurut Undang-undang Laut Melaka? a) Menyusun jadual perjalanan b) Mematuhi arahan nakhoda c) Mengawal hasil penumpang d) Menentukan destinasi pelayaran 4) Apakah yang perlu dilakukan oleh nakhoda sebelum singgah di sesuatu tempat? a) Mendapatkan izin sultan b) Menunggu perintah Bendahara c) Mengadakan mesyuarat untuk persetujuan d) Menulis laporan pelayaran 5) Siapakah yang memainkan peranan penting untuk memastikan pelayaran selamat dan lancar? a) Jurumudi, malim dan jurubatu b) Bendahara, Temenggung dan Laksamana c) Pedagang, penumpang dan nakhoda d) Sultan, pembesar dan rakyat 6) Bagaimanakah sistem percukaian dilaksanakan dalam Undang-Undang Laut Melaka? a) Ditentukan oleh sultan b) Ditentukan oleh malim c) Ditentukan oleh nakhoda d) Ditentukan oleh pembesar 7) Mengapakah malim perlu arif dalam ilmu pelayaran? a) Untuk menentukan jumlah cukai b) Untuk tahu keadaan ombak, bulan dan bintang c) Untuk menguruskan perdagangan d) Untuk mengawal keselamatan kapal 8) Apakah hukuman bagi malim yang lalai hingga menyebabkan pelanggaran atau kapal rosak? a) Dikenakan denda b) Dibuang kerja c) Dihukum bunuh d) Dibuang negeri 9) Apakah kesalahan yang dianggap menggugat ketenteraman dan keselamatan atas kapal? a) Tidak membayar cukai b) Mencuri membunuh memberontak c) Menjual barang tanpa izin d) Enggan ikut arahan jurubatu 10) Berapakah kadar cukai yang dikenakan terhadap hasil penumpang? a) 1/5 b) 1/3 c) 1/10 d) 1/4

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?